Ingin meningkatkan terjemahan ini? 
 


[rufus icon] Rufus

Cipta pemacu USB boot dengan cara mudah

 

Rufus adalah utiliti yang membantu memformat dan mencipta pemacu kilat USB boot, seperti pemacu pen/kekunci USB, kayu memori, dan lain-lain.

Ia boleh menjadi amat berguna untuk kes di mana:

Walaupun saiznya kecil, Rufus memberikan segalanya yang anda perlukan!

Senarai tidak lengkap ISO yang disokong Rufus juga diberikan pada bawah halaman ini. (1)

Muat turun

Keluaran terkini:

Pautan Jenis Platform Saiz Tarikh
rufus-4.7.exe Piawai Windows x64 1.6 MB 2025.04.09
rufus-4.7p.exe Mudah alih Windows x64 1.6 MB 2025.04.09
rufus-4.7_x86.exe Piawai Windows x86 1.6 MB 2025.04.09
rufus-4.7_arm64.exe Piawai Windows ARM64 5.3 MB 2025.04.09
 

Versi lain (GitHub)
Versi lain (FossHub)

Keperluan Sistem:

Windows 8 atau kemudian. Selepas muat turun, aplikasi sudah sedia digunakan.

Bahasa Disokong:

Bahasa Indonesia Bahasa Malaysia Български Čeština Dansk Deutsch Ελληνικά
English Español Français Hrvatski Italiano Latviešu Lietuvių Magyar Nederlands Norsk
Polski Português Português do Brasil Русский Română Slovensky Slovenščina Srpski
Suomi Svenska Tiếng Việt Türkçe Українська 简体中文 正體中文 日本語 한국어 ไทย
עברית العربية پارسی.
 

Saya akan mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih saya kepada penterjemah-penterjemah yang menjadikan kemungkinan untuk Rufus, dan juga laman sesawang ini, untuk diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Jika anda mendapati yang anda boleh menggunakan Rufus dalam bahasa anda sendiri, anda patut mengucapkan terima kasih kepada mereka!

Penggunaan

Muat turun 'executable' dan jalankannya – tiada pemasangan diperlukan.

'Executable' ditandatangani secara digital dan tandatangan perlu menyatakan:

Nota untuk sokongan DOS:

Jika anda mencipta pemacu boot USB dan menggunakan papan kekunci bukan US, Rufus akan cuba memilih susun atur papan kekunci mengikut tempatan sistem anda.

Nota untuk Sokongan ISO:

Semua versi Rufus dari v1.1.0 membenarkan pembuatan USB boot dari ISO image (.iso).

Mencipta imej ISO dari cakera fizikal atau dari set fail bagaimanapun sangat mudah digunakan, melalui penggunaan aplikasi pembakaran CD, seperti InfraRecorder atau CDBurnerXP yang sedia ada percuma.

Soalan Kerap Ditanya (FAQ)

FAQ Rufus tersedia DI SINI. (dalam Bahasa Inggeris)

Untuk memberikan maklum balas, melaporkan pepijat atau menuntut peningkatan, sila gunakan penjejak isu GitHub. Atau anda boleh hantarkan e-mel.

Lesen

GNU General Public License (GPL) versi 3 atau kemudian.
Anda bebas untuk mengedarkan, mengubah, malah menjual perisian, selama anda menghormati lesen GPLv3.

Rufus dihasilkan dalam 100% telus, dari sumber awamnya, menggunakan persekitaran MinGW32.

Log perubahan

Kod Sumber

Jika anda adalah pembangun, anda sangat digalakkan untuk bekerjasama dengan Rufus dan menghantar penampal (patch).

Derma

Selepas saya ditanya berkenaan ini secara tetap, saya menyatakan tidak ada butang derma di halaman ini.

Sebab utama adalah saya merasakan yang sistem derma sebenarnya tidak membantu pembangunan perisian dan yang lebih teruk, boleh mendorong rasa bersalah bagi pengguna yang memilih untuk tidak menderma.

Jika anda hendak juga, anda boleh selalu memberikan sumbangan kepada Free Software Foundation, kerana mereka adalah sebab utama yang perisian seperti Rufus adalah mungkin.

Apapun, saya akan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan dan galakan anda untuk perisian kecil ini: ia sangat dihargai!

Tetapi sila teruskan untuk menggunakan Rufus tanpa rasa bersalah hanya disebabkan tidak menyumbang untuk kewangannya – anda sepatutnya tidak perlu melakukannya!

(1) Senarai tidak lengkap ISO yang Rufus diketahui untuk berfungsi

AlmaLinux Arch Linux Archboot CentOS Clonezilla Damn Small Linux Debian Elementary OS
Fedora FreeDOS Garuda Linux Gentoo GParted Hiren's Boot CD Kali Linux Knoppix KolibriOS
Linux Mint Manjaro Linux NT Password Registry Editor OpenSUSE Raspberry Pi OS Raspbian
ReactOS Red Hat rEFInd Rocky Linux Slackware Super Grub2 Disk Tails Trinity Rescue Kit
TrueNAS CORE Ubuntu UEFI Shell Ultimate Boot CD Windows XP (SP2+) Windows Vista
Windows 7 Windows 8/8.1 Windows 10 Windows Server 2019 Windows 11